Tuesday, September 16, 2008

Sunday, September 14, 2008

Andai Ku Tahu (Lagu yang Terkesan buat semua)

ANDAI KU TAHU BILA AJAL KU.....

ANDAI KU TAHU….

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan Kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikat Mu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat pada Mu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat pada Mu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disyurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat pada Mu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat pada Mu…

Thursday, September 11, 2008

SURATAN ATAU KEBETULAN






Kadangkala kita tidak tahu mengapa Allah menduga kita. Terfikir oleh kita apa yang berlaku adalah sesuatu yang amat diluar jangkaan, tapi ianya telah terjadi. Hidup ini memang aneh dan penuh rahsia untuk kita terokai.

Pertemuan dan perpisahan adalah jalan hidup dan takdir yang telah tertulis buat diri kita. Adakalanya kenangan menyentuh jiwa kita dikala kesunyian, namun ianya sesuatu yang mewarnakan hidup dan membuatkan kita berfikir bahawa Allah mahu kita terus berfikir secara positif akan segala kejadian dan apa yang ditakdirkan dalam hidup kita.

Justru, teruskan kehidupan dengan penuh semangat,walau sehebat manapun dugaan yang pernah Allah berikan. Ingatlah ranjau kehidupan yang berliku dan penuh cabaran sentiasa menanti kita dihadapan. Itulah hakikat kehidupan yang sebenarnya. Sentiasa diwarnakan dengan pahit manis dan suka duka sepanjang hayat.

Semoga kita lebih sabar dan tabah menghadapi segalanya.

Pertemuan itu...


Pagi ini....
keresahan melanda jiwa
Tak tau kenapa dan mengapa
pastinya sesuatu yang menduga...

Tika diri dalam tandatanya
Tiba-tiba pertemuan menjadi jawapannya...
Termanggu tanpa kata-kata
Benci, suka, rindu dan lara...
membuatkan bergetar jiwa..
seluruh rasa turut bergelora
mengapa...
masih menjadi tandatanya...

bencikah aku..
rindukah aku...
atau....ilusi yang menganggu rasa.

Meskipun sudah lama aku kuburkan kasih ini
Pertemuan itu
Menggetarkan semula sebuah kisah lama...
Aku tidak dapat menipu diri...
kerana Tuhan juga Maha mengetahui...
Dia juga yang mengatur segalanya selama ini.

Pertemuan ini mencalit duka semalam...
Yang terlalu terkesan
dalam episod cinta sebuah kehidupan...
Yang menduga sebuah keimanan.

Hanya Kita Yang Tahu...


Kadangkala kerinduan ini begitu mencengkam.
Menggigit rona perasaan.
Tatkala rindu mengila,
Aku pasrah pada Mu,
kurangkan rasa rindu pada nya
yang sekian lama aku pendam.

Engkau Maha mengetahui segalanya.
Ketika pertemuan menjadi perpisahan
Ketika suka menjadi duka
Ketika pahala menjadi dosa


Aku mencari Mu ketika dosa melilit tubuh.
Aku bermunajat dalam seribu penyesalan
yang tiada penghujungnya.
Tika sesekali rindu ini menerjah,
aku pinta pada Mu padamkan memori itu
umpama tak pernah terjadi suatu pertemuan

dan biarkan aku terus menyintai Mu
tanpa adanya kisah semalam yang mencalar rasa
yang terus menghambat diri yang tersiksa.

Aku pasrah pada dugaan Mu
kerana ianya kehendak Mu jua.
Saat ini rindu itu tiba lagi
Aku tepis segala kenangan itu
Aku mohon pada Mu padamkan semua itu
Agar aku bisa tenang bersama Mu
Ya…hanya kita yang tahu….
Hanya Engkau yang tahu…
Allah yang Maha pengasih lagi penyayang….
Allah yang Maha pengampun dan Maha mengetahui segalanya….
Amin…