Sunday, October 5, 2008

Syawal Penghapus Kenangan Lama

Tibanya syawal...bulan mulia yang sentiasa dinantikan oleh umat Islam sedunia. Di bulan yang mulia ini kita sesama insan Allah yang sering melakukan kesilapan dalam hidup memohon ampun dan maaf sesama kita. Lupakan sengketa lama, kembali menjadi insan yang lebih bertaqwa. Semoga segala kemaafan dan persengketaan lama terlerai dan kita menjalin kembali hubungan baik sesama insan. Manusia tidak pernah sunyi dari membuat kesilapan. Dengan kesilapan dan kealpaan kita masa lalu mengajar kita untuk terus memuhasabah diri dan menjalani kehidupan dimuka bumi Allah ini dengan penuh tabah dan saling berwaspada. Kepada semua yang pernah tersinggung dan terkecil hati dengan sikap saya atau kata-kata saya mahu yang sengaja ataupun tidak disengajakan maaf juga saya pinta. Salam Aidilfitri untuk semua.

Sonata Musim Salju