Sunday, November 30, 2008

Aku bukan Nabi...aku tak sempurna. Maafkan Mama.


Semalam aku menangis sepuas-puasnya. Pelbagai persoalan menujah benak fikiran ku...pening dan keliru...dimana salah ku, mengapa jadi begini dan mungkin juga ini balasan Allah terhadap dosa-dosaku masa lalu. Ya Allah Kau ampunilah segalanya ....aku pasrah jika ini takdir yang telah kau tentukan dalam jalan hidup ku....

Aku telah cuba menyempurnakan tugas ku sebagai ibu yang terbaik...namun aku bukan Nabi atau Malaikat yang tidak pernah berbuat salah...aku insan kerdil yang sentiasa berdosa. Namun aku cuba sedaya upaya menyempurnakan amanah Allah ini.

Minggu lalu perjumpaan dengan Ustaz di Darussshifa' membuatkan aku redha dengan ketentuanNya. Betul kata Ustaz...bahawa semua ini telah ditentukan Allah, redhalah atas apa yang diuji... namun jangan berputus asa...teruskan usaha dan yakin suatu hari Allah akan memakbulkan permintaan kita...doa dan usahalah dengan berterusan....itu nasihat Ustaz...

Ketika mendapat tahu mengenai tempat itu, aku mengajak anak keduaku menemani aku untuk mencuba mengubati anak ku yang mengalami masalah kemurungan. Perjalanan ke tempat yang dituju agak penuh dengan cabaran. Malam Jumaat itu hujan turun dengan lebatnya dan kereta yang dipandu anak kedua ku terpaksa melalui jalan yang licin disertai ribut dan petir yang sabung menyabung. Aku berdoa semoga semuanya selamat

ya...kadangkala hidup ini amat sukar untuk diramal...kita merancang Allah yang menentukan segalanya.Orang hanya boleh melihat luaran kita sahaja tapi penderitaan dan kesedihan serta apa sebenarnya hanya kita sahaja yang merasakannya....

Aku terpaksa segala menerima tuduhan yang diberikan terhadap ku walaupun aku sendiri tidak pastinya samada ianya kesilapan ku atau orang lain. Bukan mudah menjadi ibu...semuanya diletakkan dibahu ku. Selalunya ibulah yang dipersalahkan jika anak2 mengalami masalah. Paling menyedihkan beberapa hari lalu salah seorang saudara suamiku cuba menyakinkan aku bahawa akulah penyebab anak ku menjadi terlalu stress sehingga menyebabkan dia menjadi manusia pelik dan tidak suka bergaul dengan orang dan mengalami masalah jiwa. Kerana katanya sebagai ibu aku banyak mempengaruhi hidup anak2 ku dan aku tidak sedar semua ini menyebabkan mereka tertekan dan mengalami sakit jiwa kerana mempunyai ibu seperti aku....Ini juga mungkin balasan Allah terhadap diriku...sungguh sedih pernyataan itu...tapi dia mahu aku bersikap terbuka dan menerima kenyataan itu serta mengaku kesalahan ku.

Bagiku dia tidak mengenali aku secara dekat cuma pandangan itu berdasarkan mengamatannya sahaja. Mulanya aku sendiri hampir percaya aku lah penyebab segalanya tapi bila difikirkan kembali aku dah buat yang terbaik untuk anak2 ku dan tak tahu dimana silapnya. Sejak kecil aku tidak pernah memukul anak2 jauh sekali memaki hamun atau pun menengking herdik mereka. Aku luangkan masa yang ada dan pelbagai lagi yang telah aku lakukan sejak menjadi ibu 27 tahun yang lalu. Sikap lembut dan penyayang aku ini dikatakan penyebab kepada anak ku menjadi begitu... pelik pun ada. Memang pelik kerana orang hanya bijak bercakap tapi tak tau apa yang di ucapkan...

Dirumah pula aku terpaksa berdepan dengan kemelut jiwa ku sendiri yang terlalu sedih melihat keadaan anakku yang seakan tidak mahu mengubah nasibnya disamping menjaga ibuku yang sudah tua dan sakit... kesabaran ku adakalanya tercabar bila dalam keadaan begini aku menjadi terlalu emosi dan adakalanya aku bagaikan ingin menyerah kalah pada dugaan ini. Tapi aku tahu aku perlu hidup lebih lama untuk menjaga ibuku dan anak2 ku sehingga mereka lepas dari tanggungan ku kelak. Aku tidak mahu jatuh sakit lagi...aku minta Allah berikan aku kesihatan yang baik...semoga sakit jantungku tidak datang lagi...aku harus terus bangun dan kuat menghadapi semua ini.

Sebagai ibu sehingga hari ini aku masih meyakinkan anakku bahawa jalan hidup ini masih panjang dan dia harus menerima segalanya sebagai dugaan dari Allah. Aku nasihatkan dia agar bangun semula dan lawan perasan yang terlalu mengongkong jiwa dan perasaannya...namun nasihat itu diambil secara negatif...dalam keadaan dirinya yang kurang sihat itu...aku sering ditengking nya dan dia juga menuduh aku dengan pelbagai kesalahan sehingga dia jadi begitu...aku tidak marah pada dia, tapi sedih apabila diperlakukan begitu....air mata ini sudah saban kali tumpah kerana kesedihan yang aku lalui ini...Aku mohon pada Allah kuatkan imanku...berikan ketabahan yang berlipat ganda dalam diri ku...Ya...aku terima semua ini dengan sabar kerana aku tahu ini dugaan Allah...meskipun aku nampak periang namun jiwa dan perasaan ku hanya Allah sahaja yang tahu...

Dengan doa yang kupanjatkan padaMu ya Allah Kau berikan kekuatan dalam diriku untuk mengharungi semua dugaan dan ujian hidup ini. Semoga anakku kembali menjadi dirinya yang sebenar...aku rindu pada keriangan dan senyumannya serta kelembutan tangannya yang membelaiku pada suatu masa dulu, juga aku rindu pada kepetahan dan gurau sendanya ....maafkan Mama...Mama terlalu sayangkan kamu...cuma Mama bukan Nabi ....Mama tak sempurna anakku...Mama tidak mahu limpahan kasih sayang Mama menjadi racun dalam hidupmu...Kembalilah menjadi dirimu semula...

Thursday, November 20, 2008

Bergelut dengan Gred Pelajar.

Hari ini aku masih dalam dasar " isolasi" atau dasar pengasingan diri yang agak kritikal. Kertas-kertas peperiksaan yang sudah aku tanda, disemak beberapa kali. Tambahan markah disana sini diberi berdasarkan prestasi dan komitmen pelajar didalam dan diluar kelas. Gred students dalam pertimbangan aku dan akan diserahkan pada fakulti selewat2nya Isnin ini. Markah bagi enam kelas bawah penyeliaan ku disamping markah pelajar tesis dan praktikal menguji kesabaran ku.

Dilema dalam memberi gred menghantui jiwa dan perasaan ku. Beberapa students yang gagal mempamerkan prestasi dan pencapaian gred yang baik menyebabkan aku membuat panggilan kecemasan kepada mereka. ` mengapa tak antar assignments, sayang sangat tak de markah untuk itu, rugi tau..." antara luahan ku pada mereka.Aku mahu yang terbaik untuk mereka, kalau boleh aku mahu semua pelajar ku lulus tapi dalam masa yang sama aku perlu bersikap professional sebagai pensyarah yang memberi gred. Adakalanya sikap acuh tidak acuh dari pelajar mengecewakan aku terutamanya dalam pembahagian markah. Ada segelintir pelajar mengambil kesempatan sambil menangguk diair keruh...namun naluriku cepat menangkap misteri udang disebalik batu yang menjadi drama dan alasan mereka.

Apapun...mereka akan tahu keputusan nya nanti. Bagi yang mendapat markah baik, tahniah dari saya. Bagi yang kurang baik dan gagal...tanya diri sendiri mengapa ini terjadi. Cuba lagi disemester hadapan. Belajar dari kesilapan diri. Saya dah banyak bagi peluang tapi masih ada segelintir yang tidak mahu mengambil kesempatan ini, hanya kerana malas, suka berfoya2, lebih jatuh cinta dan tak abis2 clubing.... Well ...last but not least..." I cannot pleased everybody...`Saya bukan Malaikat......"

Monday, November 17, 2008

Sunyinyer Fakulti...

Besok hari penghabisan peperiksaan bagi semester July-Nov 2008. Rasa begitu cepat masa berlalu. Baru saja rasanyer aku mengenali pelajar2 semester satu yang sama2 memeriahkan semester ini bersama deretan siri outing ku...kini mereka dah balik ke kampung masing-masing dengan seribu kenangan bagi semester ini. Terasa sunyi pulak Fakulti tanpa kehadiran pelajar2 yang menceriakan hari ku...

Sejak menjadi pensyarah, dunia ku hanyalah pelajar dan Fakulti. Bila cuti2 begini kami pula akan sibuk dengan memberi gred kepada pelajar selain kursus2 pemantapan diri dan seminar akademik yang bakal dihadiri. Aku akui terasa sunyi tanpa pelajar yang mengetuk bilik dan tanpa hilai tetawa anak2 didik ku....

Semester depan, barisan pelajar baru akan aku temui selain pelajar lama yang bakal berebut untuk mengambil kelas elektif ku...erm...rindunya pada semua...Doa Mama semoga semua pelajar dapat merehatkan minda dan fizikal dalam masa sebulan cuti ini. Have a nice semester break...and take care...