Wednesday, December 3, 2008

Hidup Penuh Cabaran, Mati Satu Kepastian.

Berita sedih saya terima hari ini mengenai kemalangan di Utara New Zealand yang melibatkan Pensyarah dan pelajar-pelajar dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, tempat saya mengajar sungguh menyedihkan dan terkesan. Tuan Haji Shafie pensyarah FKPM terbunuh bersama seorang pelajar penyiaran semester 3 Mariam dari Sarawak. Kesemua yang terlibat pensyarah dan lima pelajar adalah dalam rangka lawatan sambil belajar ke sana selama 10 hari. Mereka adalah rakan dan pelajar2 saya dan sehingga saat ini saya masih terkenangkan saat2 bersama mereka.

Entahlah....semalaman saya tidak dapat melelapkan mata, terfikir mengenai kematian yang datangnya tidak tentu masa dan ketika. Dimana-manapun kita mati, dan dalam kehidupan penuh cabaran, kita sering mengeluh jika diuji Allah. Kita sering lupa pada tanggunjawab kita. Mati itu satu kepastian, tidak boleh kita tangguhkan walau sesaat. Janji kita pada Allah telah kita buat sebelum kita lahir ke alam ini.

Sepanjang cuti semester ini, saya terus memikirkan tentang kehidupan yang adakalanya pasang dan surut dalam menghadapi liku2 hidup.Cuti semester ini mengajar saya tentang kesabaran, keimanan dan menguji jiwa dan emosi saya. Dalam memikirkan semua itu, saya rasa sungguh bersyukur terhadap nikmat Allah yang melimpah ruah dan betapa ujian yang Allah berikan hanya secalit dalam kehidupan ini. Jika saya berasa sungguh sedih terhadap apa yang berlaku, orang lain menghadapi dugaan yang lebih hebat lagi.

Kehilangan orang yang tersayang dan terpaksa mengharungi kehidupan menjadi ibu tunggal ( seperti isteri arwah Tuan Haji Shafie)adalah sesuatu yang amat menyedihkan jika di fikir secara mendalam. Sekelip mata mereka kehilangan insan tersayang. Tiada pesanan terakhir mahupun peluk cium terakhir sebelum mereka pergi menghadap ilahi.Yang hidup hanya perlu meneruskan kehidupan ini, segala ketentuan Allah pastinya punya hikmah terbesar dalam diri seseorang.


Saya terkenangkan salah seorang pelajar yang tercedera dalam kemalangan itu dan parah Amirul Rashid pelajar Penyiaran semester 3 yang berjumpa saya pada akhir semester dan kami berbual panjang tentang kehidupan dan perasaan. Dia sememangnya rapat dengan saya.

Beliau yang mengalami sakit leukimia bertanya saya mengapa Allah begitu banyak menduga hidupnya. Selain menghidap leukimia, beliau juga kecundang dalam percintaan. Kisah cintanya dengan pelajar semester satu penyiaran juga menjadi satu igauan apabila gadis itu memutuskan perhubungan mereka dan sering membuatkan beliau serba salah dan rasa tertekan. Pelbagai kisah hidup dan penderitaan perasaannya di kongsi dengan saya. Sebagai seorang pensyarah saya mendengar segala keluhannya dan ibarat seorang ibu saya turut memahami kesedihan jiwanya. Malah saya terus suntikkan semangat padanya untuk menghadapi semua dengan tabah.

Saya jelaskan pada beliau, Allah hanya menduga insan yang terpilih dan kuat menghadapi dugaanNYA. Kesabaran amat diperlukan dalam mengharungi segala dugaan Allah dan Amirul juga nampak tabah dengan segala yang dilaluinya. Walaupun terpacul dari mulutnya satu sesalan...mengapa mesti dia yang dipilih untuk menghadapi semua ini. Masih terngiang-ngiang lagi suaranya bercakap dengan saya....` Mama saya hanya mahu bercakap dengan seseorang mengenai perasaan saya yang begitu berkecamuk waktu ini, mujur Mama ada menjadi pendengar yang baik, terima kasih Mama' kata2 Amirul membuatkan saya hampir menitiskan air mata.

Hari ini saya terima berita beliau parah dalam kemalangan itu dan perasaan saya sungguh sayu dan sedih. Saya berdoa pada Allah selamatkan Amirul dan berharap dia dapat pulih dengan segera dan merealisasikan impiannya untuk terus bahagia.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Tuan Haji Shafie dan Mariam serta menyelamatkan pelajar2 lain yang kritikal di hospital Aukland di New Zealand. Amin

4 comments:

meor iszwan said...

sedih saya membaca nukilan mama..

bercakap tentang sahabat bernama Amirul Rasyid, dia yang saya kenali memang seorang yang tabah.. dia menghadapi penyakitnya dulu dengan tenang.. jarang ada manusia yang setabahnya, manusia biasa pasti sudah kecundang dan putus asa.. dia juga seorang sahabat yang baik, saya yakin semua yang lain setuju dengan kata2 saya ini..

bercakap soal percintaan dia.. saya nampak dia ada juga merasa manisnya bercinta dengan junior yang mama maksudkan tu.. suka saya lihat mereka bergurau bersama, pasangan yang cute.. tapi saya tak tau pula hubungan mereka dah berakhir.. kali terakhir saya berborak dengan Amirul adalah di cafe fakulti masa exam tempoh hari, saya datang utk check carry mark dan dia sedang menunggu arwah Tuan Haji di cafe untuk berbincang tentang trip ke New Zealand.. hmmm.. sempat berborak dengan dia ketika itu, antara perkara yang dibualkan, dia ada cakap yang maknya sudah berjumpa dengan junior tu dan mak dia ada cakap yang mak dia tak yakin hubungannya dengan junior tu akan kekal lama.. hmmm..

terbayang saya wajah Amirul.. saya doakan dia segera sembuh dan kembali sihat! saya yakin anda kuat untuk menghadapi cubaan Allah kali ini, anda sudah buktikan sebelum ini.. percayalah Allah sangat2 sayang anda Amirul, ujian yang diberikan adalah untuk menguji keimanan anda sebagai hamba-Nya...

saya sentiasa doakan kesejahteraan anda dan yang lain2... semoga mimpi ngeri ini akan berakhir dengan sembuhnya luka semua yang cedera.. AMIN..

wAn HaFiZaH wAn HaMdY said...

pertemuan, perpisahan, ajal, maut semua di tangan tuhan..kita hanya mampu merancang tapi tuhan menentukan segalanya..Allah Maha Berkuasa..al-fatihah.

alia nadira~ said...

mama...sy pun tkejut sgt dgn berita kematian tn hj shafiee yg sy ger sbg ayahanda..kami skelas mmg manje dgn dia..segalanye berlaku sekelip mata..masih t'ngiang2 gurauan ayahanda pd sy ketika msih p1...

ALOY said...

hadapi kematian org tersayang...
sebaik saja tau atau berlaku, kalau boleh kita nak orang itu hidup balik, tapi bila keadaan dah kembali normal, baru kita sedar, ini adalah hakikat dan kita harus redha.