Tuesday, October 19, 2010

Cepatnya Masa Berlalu







Tanpa aku sedari tahun 2010 ini sudah 10 bulan berlalu. Bermakna tinggal dua bulan lagi untuk kita melangkah ke tahun baru 2011. Ah cepat sungguh masa berlalu. Entry terakhir ku di tahun ini ialah pada bulan Jan. Ini bermakna 10 bulan berlalu dengan tanpa aku sedari. Semakin cepat masa beredar semakin dekat rasanya pada kematian. Sepanjang tahun ini banyak yang aku pelajari tentang hidup yang tidak pernah putus dengan cubaan dan dugaan. Namun yang jelasnya hidup ini mesti diteruskan. Aku yakin semua ini telah ditentukan. Semoga hasrat menggenggam Phd tercapai, meskipun terasa amat sukar laluannya. Doa dari semua amat aku perlukan. Semoga Allah memberikan laluan yang mudah buatku pada tahun 2011 dan seterusnya untuk aku capai matlamat akhir dalam bidang pendidikan ini. Amin.